Friday, October 29, 2010

Bujang OK Sure Kaya


pic diambil disini

Buku ini dipinjam dari Perpustakaan Desa. Diterbitkan oleh Pustaka Wira Sdn Bhd pada 2005. Dengan 111 halaman mukasurat, buku ini dibahagikan kepada 17 bab. Gaya bahasa yang digunakan agak rojak (terus terang, saya tidak begitu gemarkannya). Mungkin untuk memperlihatkan gaya santai.

Buku ini tidak menerangkan dengan terperinci cara menjadi kaya, namun permulaan yang sangat baik terutamanya kepada saya sendiri yang sangat malas membaca buku kewangan. Namun terdapat beberapa tips yang diberi boleh digunakan untuk menjadi kaya atau mencapai financial freedom. Ya, saya benar benar mahu mengaplikasikan tips tips yang diberi antaranya:
1. 10% pendapatan asingkan@laburkan@simpan
2. Passive income (saya berminat dengan hartanah berbanding perniagaan dan saham)

Selain itu, saya memang biasa menyenaraikan impian sejak saya masih belajar dahulu. Kebanyakannya perancangan jangka masa panjang. Namun ditulis kecil kecil didalam buku,malu jika orang lain membacanya. :)

Dalam Formula Jadi Kaya 3 iaitu Habit, saya sedar saya memiliki banyak habit yang bercanggah dengan apa yang ditulis (hahaha). Namun saya akan berusaha mencekalkan hati dalam mendisiplinkan perbelanjaan.

Akhir sekali,saya petik dari buku ini,

" He who asks a question is a foo; for five minutes;
he who does not ask a question remains fool forever" - Anonymous

Monday, October 18, 2010

Lelaki Berkasut Merah

credit untuk gambar


Saya memilih novel remaja ini setelah membaca komen rakan-rakan di GR. Agak bosan dan meleret di awal pembacan, ditambah dengan lawak lawak seperti kentut,berak tak sempat basuh,saya hampir meletakkan buku ini. Saya terfikir,mungkin kerana saya sudah tidak berapa remaja,buku ini terasa 'jauh'..

Namun digagahi juga,kerana sudah terlajak beli tak mungkin dipulangkan.
Dipertengahan cerita,lawaknya tidak lagi menjengkelkan.

Saya gelihati dengan dialog ini;
"Kamu semua bekerja di kedai runcit Hen Hong?"
"Kami tidak bekerja di kedai runcit Hen Hong,kami semua masih belajar lagi."

Dan ini;
"Mahu ajak saya masuk MLM lagi?"
"Bukan, kami bukan mahu ajak encik masuk MLM, tetapi saya ada benda penting yang mahu diberikan kepada encik."

Setiap pertanyaan dijawap dengan begitu tertib sekali :hehe:

Selain dari kotak hitam, buku ini banyak berkisar tentang permohonan dan pemberian maaf. Saya terkesan sekali,saya mungkin sering meminta dan memberi maaf..namun saya jarang melupakan...:( Makcik berseragam hijau seolah olah memberitahu saya, tidak ada ertinya memberi maaf jika hati belum benar benar ikhlas.

Namun ada persoalan bermain di kepala.
Mengapa begitu pelik watak yang bernama Tamara? Dia langsung tidak misteri bagi saya,lebih kepada kekurangan skru.Sewaktu membaca,saya sangat mengharap penulis akan menceritakan sedikit tentang Tamara, atau mungkin mimpi mimpinya di hujung cerita..namun tidak ada.

Ya,saya suka Mikail yang tidak jemu berdakwah :)

Selamat Membaca!

Thursday, August 19, 2010

Rahsia Bisnes Orang Cina

gambar diambil disini


Saya memilih buku Rahsia Bisnes Orang Cina atas dasar ingin mempelbagaikan bahan bacaan dan saya juga berminat untuk mengetahui ‘rahsia’ ini. Namun saya terpaksa akui membaca buku seperti ini mengambil masa yang lebih lama berbanding jika saya membaca novel fiksyen.

Buku ini mengandungi 32 topik. Di mukasurat awal tertulis tulisan cina dan terjemahannya dalam bahasa melayu Bekerja Keras! dimana saya kira intipati utama buku ini.
Tajuk topik pertama ialah Sejarah Bisnes Orang Cina. Ia bermula dari kedatangan orang Cina ke Asia Tenggara atas dasar untuk mencari kekayaan. Ini termasuk Malaysia dimana ketika itu pihak British telah menjalankan dasar pecah dan perintah. Kaum Melayu tinggal dikampung dan menjadi petani atau nelayan. Kaum India diestet dan kaum Cina tinggal di pekan atau Bandar. Agak menarik apabila diselitkan info atau isi penting di ruangan kecil pada setiap muka surat (saya sering mencuri baca info ini sebelum membaca muka surat tersebut). Ia mengatakan sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan. Mereka juga sentiasa mengambil peluang, dan ini tidak dapat dinafikan kerana hampir setiap jenis perniagaan dikuasai orang Cina.

Buku ini juga menekankan aspek aspek positif yang dimiliki orang Cina seperti bekerja kuat, rajin, bermotivasi tinggi, tidak mudah berpuas hati, agresif, berani mengambil risiko, tahan lasak dan banyak lagi. Mereka menceburi bidang perniagaan bukan saja untuk membalas jasa orang tua, malah untuk meningkatkan taraf sosial di kalangan masyarakat.

Saya seringkali berfikir orang Cina sememangnya mempunyai bakat berniaga sejak azali namun buku ini telah menjawab semua persoalan. Penulis menerangkan sebelum berlakunya pnghijrahan dari Tanah Besar China, orang Cina ini terdiri dari golongan miskin dan dan bekerja sebagai petani.

Saya suka topik ketiga iaitu Falsafah Bisnes Orang CIna. Tertulis di ruangan info “berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tetapi bukan bagi mengisi masa lapang” kerana bidang ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Keuntungan yang diperolehi juga tidak dibelanjakan sebaliknya dijadikan modal pusingan. Saya pernah mendengar petua yang mengatakan duit jualan mesti disimpan sekurang kurangnya sehari semalam sebelum digunakan supaya boleh beranak pinak (ketika pertama kali mendengar petua ini saya berfikir entah ya entah tidak petua ini). Ya, disinilah rasionalnya petua ini, untuk mengelakkan peniaga menghabiskan keuntungan pada hari yang sama.

Saya juga tahu orang Cina yang berniaga mempunyai sumber kewangan lain bagi memastikan perniagaan ini dapat berjalan lancar. Buktinya, terdapat sebuah kedai menjual barangan bayi di hadapan rumah saya yang jarang sekali dikunjungi pelanggan. Dan saya sering berfikir kedai ini terpaksa gulung tikar suatu hari nanti kerana orang kampung manalah memerlukan kedai barangan bayi? Cukup sekadar pasar mini untuk mendapatkan botol susu atau pakaian yang tentunya tidak berjenama. Namun sehingga hari ini kedai ini masih beroperasi malah mempelbagaikan perniagaan dengan mebuka pusat jagaan bayi di taman perumahan berdekatan.

Selain itu juga, orang Cina mempunyai jaringan niaga mereka yang tersendiri. Secara formal seperti persatuan suku kaum dan juga tidak formal. Saya pernah diberitahu, kedai orang Melayu menjual dengan sedikit mahal kerana pembekal (orang Cina tentunya) menjual dengan harga yang mahal kepada mereka. Situasi ini menyebabkan kedai orang Cina menawarkan harga yang lebih murah kepada pelanggan. Entah benar entah tidak, namun lojik jika di fikirkan.

Topik 12 membincangkan Petua Bines Orang Cina. Ia menceritakan faktor kekuatan ‘public relation’ dikalangan orang Cina. Tidak dapat dinafikan sama sekali kerana ramai telah mempunyai pengalaman yang tidak begitu manis ketika berurusan dengan peniaga Melayu. Entah dimana silapnya, peniaga Melayu kelihatan seolah olah tidak begitu menghargai pelanggan.

Saya agak puas membaca walaupun terdapat ayat yang diulang ulang seperti orang Cina dapat berniaga dimana sahaja hatta di Papua New Guinea, orang Cina bekerja keras dan bersungguh sungguh dan orang Cina mementingkan kejujuran. Sedikit mengganggu namun tidak menjejaskan keseluruhan pembacaan.

Monday, August 16, 2010

Nyanyian Tanjung Sepi



Ini buku keenam tulisan Noor Suraya yang saya baca selepas Tanah Andriyana, Kebun Mimpi, Pelangi, Panggil Aku Dahlia dan Jaja & Din.
Buku ini mengisahkan Syarifah Nuur Khalida (SNK), seorang pelajar perubatan di Universiti Sains Malaysia yang memiliki wajah yang cantik atau boleh saya katakan sempuna seperti yang digambarkan di mukasurat 7. Sangat cantik, mempunyai wajah berciri arab, berkulit putih, hidung mancung, kening hitam, bibir mongel, dan pipi kemerah merahan.
SNK dicintai oleh dua jejaka Doktor Aqmar Aziz dan Doktor Zainur Ariff (pensyarahnya). Kedua-duanya datang meminang namun DAA yang diterima kerana dia datang terlebih dahulu dan juga kerana wasiat arwah bapa SNK.
Bagi saya konflik yang timbul sangat meyedihkan. Oh, DAA menikahi Tunku Dara Aida (kekasih lamanya) atas alasan yang wajar dan tidak mampu dipertikaikan. Ceritanya diolah dengan begitu baik, kerana ketika saya sangat emosi saat SNK berpisah dengan DAA, SNK bertemu dengan DZA, membuatkan saya terfikir fikir. Ya, usah disesali setiap kejadian yang berlaku kerana InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.
Seringkali saya terkesan dengan novel kaksu, kerana kisah percintaannya yang boleh diterima saya. Namun, buku ini kurang saya gemari atas beberapa sebab;

Pertama, perkataan bahasa Inggeris yang digunakan agak tidak sesuai (sekurang kurangnya bagi saya). Di antaranya pada mukasurat 177.
“... kalau doktor tu tackel dia..” Bukankah sepatutnya tackle? Ya, mungkin typing error. Kemudian di mukasurat 222.
“...dia pun tak tahu saya exist di USM ni” Saya tak fikir kita gunakan ayat seperti itu dalam perbualan seharian. Pelik bunyinya, lebih baik gunakan wujud.
Oh, lagi satu di muka surat 238.
'kalau cepat dia entertain lelaki itu cepat pula dia boleh usir lelaki itu pergi'. Entah mengapa, perkataan entertain itu membuat saya kurang senang. Ia kelihatan seolah olah GRO ingin entertain pelanggannya..:)

Kedua, kata ganti diri. Seperti yang diceritakan dari awal Dr Haslinda, Dr Badrul dan Dr Aqmar merupakan kawan baik sejak zaman persekolahan namun yang mengganggu pembacaan saya ialah penggunaan kata ganti diri yang tidak konsisten di antara mereka bertiga. Adakalanya kamu, dan kadang-kadang kau, ada ketikanya you pula. Sebagai pembaca, saya sangat sensitif dengan perkara seperti ini (mungkin saya sahaja)

Dan yang ketiga, perkatan nusus yang digunakan berulangkali juga mengganggu. Bukankah nusyuz perkataan sebenar? Mengapa nusus???
Oh,maafkan saya kaksu, saya juga tidak sempurna.

Buku ini happy ending. Saya bahagia membacanya.

Izinkan saya petik ayat dari novel ini.

“Betullah kata orang, kalau kita makan makanan yang dimasak oleh orang yang kita sayangi, pasir pun terasa lembut dan enak!” err...betulkah? :)

Thursday, August 5, 2010

Mencari Locus Standi


Buku ini merupakan salah satu 'bekal' yang saya bawa ketika menemani ibu di wad. Tidur jam dua pagi untuk menghabiskannya hingga ditanya seorang jururawat “tak penat ke asyik baca buku je?” heh!
Saya telah pun membaca Lentera Mustika terlebih dahulu,jadi elemen kejutan mungkin sudah tiada (atau kurang) ketika membaca buku ini.
Sejujurnya saya kagum dengan kekuatan jiwa seorang Eliza Jasmin. Dan banyak ciri ciri yang ada padanya seharusnya menjadi contoh kepada remaja di luar sana (termasuk saya,walaupun saya tidaklah remaja benar :)
Saya juga gemar novel yang menonjolkan perhubungan yang seadanya dan tidak mengada-ngada. Contohnya, ketika melawat nenek Azhan, E-Jay memilih untuk bermalam di resort, berbanding rumah nenek Azhan. Sopan bukan? Ya, mungkin di mata orang lain ini kurang sopan, seolah olah tidak menghormati pelawaan tuan rumah. Namun di mata saya inilah yang terbaik, kerana untuk tinggal serumah dengan bukan muhrim adalah lebih memalukan.
Saya lebih sukakan Lentera Mustika,namun buku ini tidak menghampakan. Tiga bintang.:peace:

* ulasan ini sangat pendek berbanding ini namun saya telah cuba sehabis baik :(

Monday, July 26, 2010

Coffee Break Tales











This is my first book borrowed from the Perpustakaan Desa. I chose it just because I thought I will get something funny to read like Honk! If You're Malaysian (thanks to my wrong impression) and also because of there are very limited English book there.(heh!) Its written by Yeoh Gim Suan, published by Pelanduk Publications. It have 27 short stories or tales basically about Malaysian. I took a week to finish the book,and its quite long for me since it only have 177 pages. This is because after read the first two title, I feel kind of tired, and feel the need to stop the reading and it occurred again and again when I continue my reading.

The first story is about Suet Ling who keen to control her twins, Darren and Kevin's life. Darren married to someone from different religion so that Suet Ling thought that he is such an ungrateful son and it continues by cold welcome and sarcastic remarks to the daughter in law that made her run from the house. Even though it ends with they being together, I still feel it is such a tragic story especially when Suet Ling collapsed on Darren wedding. It is not the ending supposed to be,yeah, at least for me :wink:

At first I thought just a few topics that have such negative ending but after reading half of the book, I found almost all of the stories has similar ending.
Yes, the mistake made by the parents may effect their child life because according to Dr Lai Hong Hwa (who write the foreword of the book), childhood memories have significant consequences on their later years. Oh, for me, the major moral-of-the-story in this book is parent need to improve their parenting skills.

And yes,this is my first book review. Thank you.

jagung oh jagung

baru beli benih (ke bijik?) jagung..rm1.50 je sepaket...tapi tetiba blur taktau cemana nak tanam..hahaha...dengan gigihnya saya pun bertanya pakcik google...ini jawapan yang lebih dari yang saya harapkan :))


klik sini


kalau rasa info tu belum memadai..ni ada lagi satu


klik sini


hmm..review buku masih tertangguh.:sigh: