
Buku ini merupakan salah satu 'bekal' yang saya bawa ketika menemani ibu di wad. Tidur jam dua pagi untuk menghabiskannya hingga ditanya seorang jururawat “tak penat ke asyik baca buku je?” heh!
Saya telah pun membaca Lentera Mustika terlebih dahulu,jadi elemen kejutan mungkin sudah tiada (atau kurang) ketika membaca buku ini.
Sejujurnya saya kagum dengan kekuatan jiwa seorang Eliza Jasmin. Dan banyak ciri ciri yang ada padanya seharusnya menjadi contoh kepada remaja di luar sana (termasuk saya,walaupun saya tidaklah remaja benar :)
Saya juga gemar novel yang menonjolkan perhubungan yang seadanya dan tidak mengada-ngada. Contohnya, ketika melawat nenek Azhan, E-Jay memilih untuk bermalam di resort, berbanding rumah nenek Azhan. Sopan bukan? Ya, mungkin di mata orang lain ini kurang sopan, seolah olah tidak menghormati pelawaan tuan rumah. Namun di mata saya inilah yang terbaik, kerana untuk tinggal serumah dengan bukan muhrim adalah lebih memalukan.
Saya lebih sukakan Lentera Mustika,namun buku ini tidak menghampakan. Tiga bintang.:peace:
* ulasan ini sangat pendek berbanding ini namun saya telah cuba sehabis baik :(
No comments:
Post a Comment