Friday, October 29, 2010

Bujang OK Sure Kaya


pic diambil disini

Buku ini dipinjam dari Perpustakaan Desa. Diterbitkan oleh Pustaka Wira Sdn Bhd pada 2005. Dengan 111 halaman mukasurat, buku ini dibahagikan kepada 17 bab. Gaya bahasa yang digunakan agak rojak (terus terang, saya tidak begitu gemarkannya). Mungkin untuk memperlihatkan gaya santai.

Buku ini tidak menerangkan dengan terperinci cara menjadi kaya, namun permulaan yang sangat baik terutamanya kepada saya sendiri yang sangat malas membaca buku kewangan. Namun terdapat beberapa tips yang diberi boleh digunakan untuk menjadi kaya atau mencapai financial freedom. Ya, saya benar benar mahu mengaplikasikan tips tips yang diberi antaranya:
1. 10% pendapatan asingkan@laburkan@simpan
2. Passive income (saya berminat dengan hartanah berbanding perniagaan dan saham)

Selain itu, saya memang biasa menyenaraikan impian sejak saya masih belajar dahulu. Kebanyakannya perancangan jangka masa panjang. Namun ditulis kecil kecil didalam buku,malu jika orang lain membacanya. :)

Dalam Formula Jadi Kaya 3 iaitu Habit, saya sedar saya memiliki banyak habit yang bercanggah dengan apa yang ditulis (hahaha). Namun saya akan berusaha mencekalkan hati dalam mendisiplinkan perbelanjaan.

Akhir sekali,saya petik dari buku ini,

" He who asks a question is a foo; for five minutes;
he who does not ask a question remains fool forever" - Anonymous

Monday, October 18, 2010

Lelaki Berkasut Merah

credit untuk gambar


Saya memilih novel remaja ini setelah membaca komen rakan-rakan di GR. Agak bosan dan meleret di awal pembacan, ditambah dengan lawak lawak seperti kentut,berak tak sempat basuh,saya hampir meletakkan buku ini. Saya terfikir,mungkin kerana saya sudah tidak berapa remaja,buku ini terasa 'jauh'..

Namun digagahi juga,kerana sudah terlajak beli tak mungkin dipulangkan.
Dipertengahan cerita,lawaknya tidak lagi menjengkelkan.

Saya gelihati dengan dialog ini;
"Kamu semua bekerja di kedai runcit Hen Hong?"
"Kami tidak bekerja di kedai runcit Hen Hong,kami semua masih belajar lagi."

Dan ini;
"Mahu ajak saya masuk MLM lagi?"
"Bukan, kami bukan mahu ajak encik masuk MLM, tetapi saya ada benda penting yang mahu diberikan kepada encik."

Setiap pertanyaan dijawap dengan begitu tertib sekali :hehe:

Selain dari kotak hitam, buku ini banyak berkisar tentang permohonan dan pemberian maaf. Saya terkesan sekali,saya mungkin sering meminta dan memberi maaf..namun saya jarang melupakan...:( Makcik berseragam hijau seolah olah memberitahu saya, tidak ada ertinya memberi maaf jika hati belum benar benar ikhlas.

Namun ada persoalan bermain di kepala.
Mengapa begitu pelik watak yang bernama Tamara? Dia langsung tidak misteri bagi saya,lebih kepada kekurangan skru.Sewaktu membaca,saya sangat mengharap penulis akan menceritakan sedikit tentang Tamara, atau mungkin mimpi mimpinya di hujung cerita..namun tidak ada.

Ya,saya suka Mikail yang tidak jemu berdakwah :)

Selamat Membaca!