credit untuk gambarSaya memilih novel remaja ini setelah membaca komen rakan-rakan di GR. Agak bosan dan meleret di awal pembacan, ditambah dengan lawak lawak seperti kentut,berak tak sempat basuh,saya hampir meletakkan buku ini. Saya terfikir,mungkin kerana saya sudah tidak berapa remaja,buku ini terasa 'jauh'..
Namun digagahi juga,kerana sudah terlajak beli tak mungkin dipulangkan.
Dipertengahan cerita,lawaknya tidak lagi menjengkelkan.
Saya gelihati dengan dialog ini;
"Kamu semua bekerja di kedai runcit Hen Hong?"
"Kami tidak bekerja di kedai runcit Hen Hong,kami semua masih belajar lagi."
Dan ini;
"Mahu ajak saya masuk MLM lagi?"
"Bukan, kami bukan mahu ajak encik masuk MLM, tetapi saya ada benda penting yang mahu diberikan kepada encik."
Setiap pertanyaan dijawap dengan begitu tertib sekali :hehe:
Selain dari kotak hitam, buku ini banyak berkisar tentang permohonan dan pemberian maaf. Saya terkesan sekali,saya mungkin sering meminta dan memberi maaf..namun saya jarang melupakan...:( Makcik berseragam hijau seolah olah memberitahu saya, tidak ada ertinya memberi maaf jika hati belum benar benar ikhlas.
Namun ada persoalan bermain di kepala.
Mengapa begitu pelik watak yang bernama Tamara? Dia langsung tidak misteri bagi saya,lebih kepada kekurangan skru.Sewaktu membaca,saya sangat mengharap penulis akan menceritakan sedikit tentang Tamara, atau mungkin mimpi mimpinya di hujung cerita..namun tidak ada.
Ya,saya suka Mikail yang tidak jemu berdakwah :)
Selamat Membaca!
No comments:
Post a Comment